SUNBLOCK? WAJIB PAKAI KE?


Kredit gambar: Capital Chemist

Sunblock atau pelindung matahari merupakan produk penjagaan kulit yang wajib digunakan pada setiap hari. Ini kerana ia berupaya melindungi kulit kita dari terkena sinaran matahari yang juga boleh menyebabkan kanser kulit. Walaubagaimanapun, sudah tentu pelindung matahari ini mempunyai pelbagai jenis jenama dan semua pengguna haruslah menggunakan pelindung matahari yang sesuai dengan jenis kulit mereka. Ini kerana kesilapan dalam membuat pemilihan boleh menyebabkan kulit mereka mengalami masalah seperti menjadi kemerah-merahan dan ruam terutamanya kepada yang memiliki kulit sensitif.


Pemilihan produk pelindung matahari haruslah dimulakan dengan melihat senarai kandungan yang digunakan. Kepada sesiapa yang memiliki kulit jenis sensitif, mereka haruslah lebih berhati-hati dan lebih memilih dalam menilai kandungan bahan yang digunakan. Ini kerana sudah tentu tidak semua bahan sesuai dengan kulit mereka. Jadi, mereka perlu melakukan research terlebih dahulu mengenai kandungan bahan yang sesuai untuk kulit jenis sensitif. Ini bagi mengelakkan berlakunya masalah yang tidak diingini kepada kulit mereka seperti break out dan sebagainya.


Walaubagaimanapun, sudah menjadi kebiasaan dalam penghasilan produk penjagaan kulit dimana mereka akan menggunakan alkohol dan fragrance sebagai salah satu bahan utama. Ini kerana ia dapat membantu menghasilkan produk yang tahan lebih lama dan juga dapat mengeluarkan bau yang wangi. Tetapi, masih ada juga produk yang menggunakan 100% bahan asli sebagai bahan utama dan salah satu produk adalah RehLa. RehLa adalah produk yang menggunakan bromelain dari ekstrak nanas sebagai bahan utama. Jadi sudah tentu ia selamat digunakan untuk semua jenis kulit terutamanya kulit sensitif.


Sebagai produk penjagaan kulit, RehLa mengeluarkan produk pelindung matahari yang sangat ‘best’ yang dikenali sebagai Daily UV Defense SPF50. Salah satu bahan yang digunakan dalam pelindung matahari RehLa adalah Octyldodecanol yang mana ia mempunyai sifat pelincir dan emolien yang boleh membantu menenangkan kulit. Selain itu, mereka turut menggunakan garam (sodium polyacrylate) yang berupaya menyerap sebanyak 400-800 kali jisim di dalam air. Jadi, ia terbukti bahawa tidak menjadi masalah sekiranya para pengguna menggunakan krim pelindung matahari RehLa semasa mandi di pantai dan sebagainya.



Kredit gambar: RehLa

Apa yang paling best adalah produk pelindung matahari RehLa merupakan produk mesra laut atau “Coral Reef Friendly”. Ini kerana walaupun produk mereka adalah produk natural, tetapi meraka tidak menggunakan tumbuhan-tumbuhan laut sebagai salah satu bahan. Ini kerana mereka tahu akan pentingnya menjaga ekosistem terumbu karang bagi menjaga dan mengekalkan keindahan alam semulajadi.


DALAM RUMAH KENA PAKAI SUNBLOCK JUGA KE???


Mesti pernah dengar yang kita wajib pakai pelindung matahari walaupun didalam rumah kan? Kalau duduk di dalam rumah juga mewajibkan kita untuk memakai pelindung matahari, apatah lagi ketika berada di luar rumah terutamanya kepada mereka yang bersukan. Para atlet wajib memakai pelindung matahari sebelum memulakan sesi latihan mereka. Ini kerana mereka akan terdedah dengan cahaya matahari bagi tempoh masa yang agak lama. Bukan itu sahaja, mereka wajib re-apply pelindung matahari setiap 4 jam. Pelindung matahari hanya akan memberi kesan untuk tempoh masa yang singkat jadi, re-apply pelindung matahari setiap 4 jam adalah sangat penting bagi memastikan kulit terus dilindungi.




Kredit gambar: Triathlete

Re-apply pelindung matahari bukan hanya valid untuk atlet sahaja tetapi untuk semua orang. Bukan sahaja apabila keluar dari rumah tetapi duduk di dalam rumah juga mewajibkan kita re-apply pelindung matahari setiap 4 jam. Kita mungkin rasa apabila duduk di dalam rumah, kulit kita akan terlindung dari sinaran UV tetapi hakikatnya tidak. Sinaran UV yang dipancarkan oleh matahari tetap akan menerobos ke dalam rumah melalui tingkap dan pintu yang dibuka. Bukan itu sahaja, cahaya LED lampu, smartphone dan juga laptop turut boleh membahayakan kulit wajah apabila terdedah tanpa sebarang perlindungan.


“Pelindung matahari ni kena pakai ikut sukatan atau terpulang pada kita?“ Pasti soalan ini pernah bermain difikiran kan? Ya, terdapat beberapa pandangan mengenai sukatan dalam pemakaian pelindung matahari ini. Tetapi sebaiknya kita memakai pelindung matahari mengikut sukatan yang ditetapkan oleh yang lebih pakar mengenai produk kecantikan iaitu ahli dermatologis. Sukatan pelindung matahari sebaiknya dipakai sebanyak dua jari tangan sahaja. Ini bagi memastikan jumlah yang digunakan mencukupi untuk melitupi keseluruhan kulit wajah.



Kredit gambar: Allure

“Boleh ke kalau pakai pelindung matahari kurang dari dua jari?” Sebenarnya, sukatan untuk memakai pelindung matahari adalah berdasarkan keadaan di mana kita berada. Sekiranya berada di kawasan yang sememangnya terdedah dengan cahaya matahari, seeloknya memakai pelindung matahari mengikut sukatan yang ditetapkan. Ini kerana ahli dermatologis sudah semestinya lagi arif dalam menetapkan jumlah pelindung matahari yang perlu dipakai. Tetapi sekiranya berada di dalam rumah, tidak menjadi masalah sekiranya ingin memakai kurang dari jumlah yang ditetapkan. Tetapi sebaiknya memakai pelindung matahari sebanyak dua jari seperti yang telah dinasihatkan.


APA PERBEZAAN SUNBLOCK DAN SUNSCREEN???


Basically, sunscreen boleh menyerap manakala sunblock pula akan kekal di lapisan atas kulit. Cara paling mudah bagi mengingati perbezaan kedua-dua produk penjagaan kulit ini adalah melalui ejaannya tersendiri. Ashley Magovern MD, seorang dermatologist menerangkan bahawa sunscreen akan menyerap dan menyebarkan sinar matahari sebelum menembusi kulit. Sunblock pula akan kekal dilapisan atas kulit bagi menghalang cahaya matahari dengan memantulkannya semula. Walaupun kedua-dua kaedah memberikan perlindungan kepada kulit, namun ia berbeza dari segi fungsinya.


“Mana yang lebih effective? Sunscreen atau sunblock?” Menurut ahli dermatologis, sunblock adalah lebih effective berbanding sunscreen. Ini kerana kebiasaannya, sunblock mengandungi zinc oxide atau titanium dioxide yang dapat memberi manfaat kepada kulit. Kedua-dua bahan ini membenarkan sunblock untuk menjadi penghalang fizikal antara kulit dan cahaya matahari yang berbahaya. Walaupun zinc oxide dan titanium dioxide merupakan bahan aktif, namun kedua-duanya adalah selamat untuk persekitaran. Kita sedia maklum bahawa pemusnahan terumbu karang adalah kebimbangan alam sekitar yang utama, jadi amat penting untuk memilih pelindung matahri yang mengandungi bahan aktif yang selamat dari terumbu karang.


Selain itu, sunblock juga lebih tebal berbanding sunscreen. Sekiranya kita sudah biasa memakai sunblock, kita akan perasan sunblock agak sukar untuk disapu di bahagian muka completely. Ini kerana ramuannya menghasilkan formula yang tebal untuk memberikan perlindungan kepada kulit dengan sangat berkesan. Zain Hussain, seorang ahli dermatologis berpendapat bahawai ianya lebih baik untuk memakai sunblock secara berlapis berbanding meninggalkannya secara terus.


Jadi, terbuktilah bahawa pemakaian pelindung matahari pada setiap hari adalah wajib dari sudut menjaga kesihatan dan kecantikan kulit. Pemakaian pelindung matahari bukan sahaja untuk melindungi kulit kita dari terbakar akibat sinaran matahari tetapi yang lebih penting adalah bagi melindungi kulit wajah dari terkena sinaran matahari yang berbahaya. Sinaran matahari boleh menyebabkan kita terkena kanser kulit jika terdedah dengan terlalu lama. Jadi, bagi mengelakkan perkara sebegini, sentiasalah memakai pelindung matahari atau sunblock walau dimana sahaja kita berada. Perkara ini juga adalah untuk menjaga kecantikan dan kesihatan kulit kita sendiri.