APA? DAPATKAN WAJAH GLOWING DALAM MASA SEMINGGU? BAGAIMANA?????

Ingin Memiliki Kulit Wajah Yang Glowing. Credit gambar : style.tribunnews.com

Sudah menjadi lumrah seorang yang bernama wanita untuk memiliki kulit yang cantik dan glowing. Pelbagai cara yang sanggup mereka lakukan semata-mata untuk mendapatkan apa yang diidamkan. Sebenarnya, ada banyak tips yang boleh mereka lakukan untuk mendapatkan kulit yang cantik dan glowing dalam masa yang singkat dan yang paling penting adalah mereka haruslah kekal konsisten.


Tips pertama untuk dapatkan kulit wajah yang ‘glowing’ dalam masa seminggu adalah menggunakan ‘skincare’ yang tepat dan sesuai dengan jenis kulit. Sebelum membeli sebarang produk penjagaan kulit, pastikan kita kenalpasti terlebih dahulu jenis kulit kita. Sebagai contoh, untuk yang memiliki kulit kering, biasanya kulit mereka akan kelihatan kering dan bersisik manakala untuk kulit berminyak, kawasan T-zone mereka akan kelihatan berkilau. Bagi yang memiliki kulit jenis kombinasi, kawasan T-zone mereka akan kelihatan berminyak dan di bahagian pipi dan dahi akan kelihatan kering. So. bila kita dah tahu jenis kulit kita, ia akan memudahkan kita untuk mencari ‘skincare’ yang tepat.



Credit gambar : google, today.line.me

Pstt. Sesiapa yang tidak tahu ‘skincare’ apa yang sesuai dengan kulit muka, anda boleh mencuba set penjagaan muka RehLa. Produk RehLa dijamin selamat kerana ia menggunakan 100% bahan semula jadi yang mana bromelain dari ekstrak nanas merupakan bahan utama. Jadi, ia sesuai untuk semua jenis kulit terutamanya kulit sensitif. Apa kelebihan bromelain dari ekstrak nanas ni? Haa antara kelebihannya adalah:


  • Bromelain dari ekstrak nanas adalah agen antioksidan dan anti radang.

  • Dapat membantu mengurangkan keradangan dan menyembuhkan kulit.

  • Dapat mengecilkan pori-pori.

  • Dapat menghalang timbulnya jerawat.

  • Membantu mencantikkan lagi kulit.

  • Dapat menjaga kesihatan bibir.

  • Dapat menghilangkan bintik-bintik hitam.

  • Membuat kulit wajah kelihatan awet muda.

  • Dapat membantu melembapkan kulit wajah.

  • Membantu mencerahkan kulit.


  • Sebenarnya, RehLa bukan guna bromelain dari ekstrak nanas sahaja. Banyak lagi bahan semulajadi yang digunakan antaranya ialah minyak argan, minyak kelapa sawit, minyak zaitun, minyak bunga matahari dan banyak lagi. Kesemua ini mempunyai manfaat dan kelebihannya yang tersendiri kepada kulit kita. Yang pasti, bahan-bahan yang digunakan akan membantu anda mendapatkan kulit yang cantik, sihat dan berseri-seri. Nak tahu? Haa cubalah gunakan produk RehLa terlebih dahulu. Anda dijamin berpuas hati!



    Set penjagaan kulit dan badan RehLa.


    Tips yang kedua untuk dapatkan kulit wajah yang ‘glowing’ dalam masa seminggu adalah melakukan CTM secara berterusan. Haa apa itu CTM? CTM adalah cleansing, toning and moisturizing. Nak dapatkan kulit cantik tidak memerlukan kita menggunakan produk yang banyak. Sebaliknya, cukup hanya dengan amalkan tiga perkara ini. Lakukan CTM ini pada setiap hari iaitu pada waktu siang dan malam. Kenapa kena lakukan pada setiap hari? Ini bagi memastikan kita dapat mengekalkan kelembapan kulit dan dengan itu, kita juga akan dapat kulit wajah yang glowing dengan cepat.


    CTM adalah langkah yang paling perlu dijaga. Yelah, nak dapatkan kulit wajah yang ‘glowing’ kenalah ikut ‘skincare routine’ dengan betul. Kalau CTM ni pun kita tak lakukan setiap hari, macam mana kita nak dapatkan kulit glowing dengan cepat? So, make sure lakukan cleasing, toning dan moisturising setiap hari and ‘for sure’ lakukan sebelum tidur juga. Kulit akan jadi lebih lembut dan sihat pada keesokan harinya.


    Tips yang ketiga untuk dapatkan kulit wajah yang ‘glowing’ adalah sangat penting iaitu jangan lewatkan ‘exfoliate’ kulit. ‘Exfoliate’ kulit muka tidak perlu dilakukan setiap hari, sebaliknya hanya lakukan sekurang-kurangnya 2 kali seminggu. Kenapa pentingnya ‘exfoliate’ kulit muka ini?? Ini kerana apabila kita tidak meng-exfoliate kulit muka kita, sel-sel kulit yang mati akan berkumpul dan ini menyebabkan kulit muka nampak kusam.


    Setiap orang pasti akan mengalami sel kulit mati yang menyebabkan kulit muka mereka kelihatan tidak bermaya. Haa sebab tu lah pentingnya ‘exfoliate’ kulit ni. Ia akan membantu membuang sel-sel kulit mati dengan lebih cepat dan mudah. Tips untuk meng-exfoliate kulit muka adalah pastikan kita menggunakannya dengan lembut dan tidak terlalu menekan di kulit wajah. Ini bagi mengelakkan kulit wajah menjadi rosak dan cara ini dapat membantu kita mendapatkan kulit wajah yang betul-betul bersih.



    How to exfoliate face. Credit gambar : google, womenshealthmag.com

    Tips yang keempat untuk dapatkan kulit wajah yang ‘glowing’ adalah dengan memakai ‘sunscreen’. Tips ini wajib diikuti oleh semua orang yang ingin mendapatkan kulit yang cantik. Kita perlu memakai ‘sunscreen’ bukan hanya semasa keluar tetapi juga wajib memakai sunscreen semasa dirumah. Ini kerana sinaran UV tetap boleh menembusi cahaya-cahaya yang masuk ke dalam rumah dan ia akan direct terkena pada kulit kita.



    Cara memakai sunscreen dengan betul. Credit gambar : google, sehatq.com

    Bukan itu sahaja, jangan ingat kulit hanya akan memberi kesan kepada sinaran matahari sahaja. Cahaya ‘smartphone’, laptop dan juga lampu rumah juga boleh meninggalkan kesan. Ini adalah salah satu sebab kenapa kita diwajibkan memakai ‘sunscreen’ walaupun hanya duduk dirumah. Jadi, memakai ‘sunscreen’ ini sangat penting bagi melindungi kulit kita dari terkena sinar UV dan make sure re-apply sunscreen setiap dua jam terutamanya apabila kita keluar.


    Berikut adalah beberapa kesan yang boleh kita alami sekiranya tidak memakai ‘sunscreen’:


  • Muncul garis-garis halus dan berkedut.

  • Jerawat mudah timbul.

  • Timbul bintik-bintik hitam (pigmentasi).

  • Kulit akan menjadi kering dan terbakar.


  • Tips yang terakhir adalah menjaga pola pemakanan atau diet. Nak dapatkan kulit yang ‘glowing’, cantik dan sihat, pemakanan juga kenalah jaga. ‘Make sure’ kita terapkan gaya hidup yang sihat dengan makan sayur-sayuran, buahan-buahan, minum air masak yang cukup dan juga sering melakukan ‘exercise’. Pemakanan yang sihat yang kita amalkan setiap hari sebenarnya dapat menjaga kulit kita dari dalaman. Sebenarnya, nak dapatkan kulit yang cantik, sihat dan ‘glowing’, penjagaan dalaman adalah yang paling penting tau. Yelah, apabila dalaman kita sihat, sudah tentu kulit luaran automatik akan sihat juga. Sebab itu kita disarankan makanan makanan yag berkhasiat seperti buah-buahan dan sayur-sayuran. Bukan itu sahaja, kita juga boleh amalkan makan Vitamin C bagi membantu menjaga bahagian dalaman badan.




     Buah-buahan dan sayur-sayuran yang sihat. Credit gambar : google, ezdiet.com.my

    Konklusinya, nak dapatkan kulit yang ‘glowing’ dalam masa seminggu amatlah mudah. Pelbagai cara yang boleh kita lakukan untuk memastikan kita dapat mencapai ‘level’ kecantikan kulit yang kita inginkan. Diri sendiri sahaja yang perlu rajin kerana usaha yang gigih sudah tentu akan membuahkan hasil. Kita sendiri kena buat research on how to dapatkan kulit yang cantik, sihat and also macam mana nak kekalkan kulit yang memang semulajadi cantik.


    Haa, jangan lah ingat bila dah dapat kulit yang kita impikan, kita kena stop buat semua benda. Of course tidak. In fact, bila dah dapatkan kulit yang cantik, sihat dan ‘glowing’, kita kena lagi jaga tau so that tiada masalah yang akan kita hadapi seperti muka ‘break out’ dan sebagainya. So, for those yang nak kulit cantik dan ‘glowing’ dalam masa seminggu, boleh ikut tips di atas kerana ia dijamin akan memberi kesan yang sangat baik kepada anda.